Loading_


Menaip Memori #1

Entah kenapa hari Sabtu yang ceria lagi #bersih ini aku teringatkan kisah-kisah silam aku ketika di sekolah rendah. Semua memori tu seperti air yang mengalir walaupun ada yang tersekat-sekat oleh batu batan… Lulz bermadah pula.

Aku teringat kawan baik aku mase sekolah rendah… nama dia Azhan. Aku tak tahu apa jadi kat Azhan sekarang hidup mati pun aku tak tau. Sebab sekejap saja dia dekat sekolah ni… Lepas tu pindah entah kemana. Masa rehatlah masa paling seronok. Makan nasi lemak 50 sen, air sirap 20 sen, sedap pulak tu. Dulu lepas makan semua tu aku sukalah beli sosej. Kira macam makanan favorite akulah masa tu. Aku hairan kenapa sedap saja sosej tu… Sebab sampai sekarang aku cuba buat tak penah dapat rasa macam Mak  Cik kantin tu buat. Adakah sebab ada unsur kebabian di dalamnya? Itu yang aku tak tahu.

Cikgu kelas aku masa darjah 1 Amanah merangkap cikgu Bahasa Melayu namanya Cikgu Norhayati tak silap. Kiranya pada aku masa itu cikgu nilah paling cantik sekali. Apa taknya pulak melepak aku cakap kau. Sampai nampak urat dekat pipi dia dan bibir dia agak Angelina Jolie jugalah. Cikgu lain aku ingat Cikgu Nasaruddin, guru penolong kanan dan dia ada anak sekelas dengan aku. Cikgu ni kurus saja misai macam A. Galak dan garang tu. Pernah aku terhantuk kepala tahap lori langgar kereta dengan anak dia. Bengkak teruk kepala anak dia. Nangis pula, aku bengkak sikit saja. Mungkin sebab kepala aku keras. Lulz. Cikgu Nasaruddin ni ada bini kerja sebagai ustazah. Adalah satu hari aku malas buat kerja rumah yang dia bagi. Ustazah ni marah tarik telinga aku. PRAK! Bunyi tu. Masa tu hati aku tak kental lagi nangislah sikit. Lepas tu semua kerja yang dia bagi aku siapkan. Aku suka sebenarnya cikgu-cikgu yang garang2 ni. Baru aku rajin. Hahaha.

Darjah 2, ingat aku kat seorang budak Jepun datang dekat sekolah aku ni. Eh bukan orang Jepun, budak melayu juga cuma duduk dekat Jepun nun. Sekejap saja dia dekat sini mungkin masa tu bapa dia ada kerja aku dekat Malaysia ni. Budak ni mestilah perempuan, comel pula tu. Budak-budak panggil dia along. Aku pun tak tahu kenapa aku rapat dengan dia. Aku pernah ambil gambar dengan dia tapi tak tahu mana letak gambar tu semua. =..=” . Darjah 2 cikgu kelas aku namanya Cikgu Aminah. Masa darjah 2 ni ramai lagi budak-budak tak pandai baca. Ada suatu masa cikgu suruh aku baca. Aku dengan beraninya cakap aku tak tahu baca. Dia paksa jugak. Aku pun bacalah dengan lancarnya.. (Bangga2) Kuikuikui… Hah! tau pun baca. Masa tu barulah aku sedar sikap poyo aku telah mula dibangunkan.

Darjah 3-4-5-6 agak kabur. Yang aku ingat masa darjah 3 aku dalam kelas 3 Mulia. Dan aku pernah dapat tempat yang ke-30 daripada 35 orang dalam kelas itu. Hebat betul kan? Aku fikir masa inilah aku mula tidak menyukai sujek matematik. Huhuhu. Masa darjah 4 pula subjek aku paling suka adalah Sains. Kunun nak jadi Sainstis sebab memang aku minat sangat. Pernah kemalangan masa umur 10 tahun ni. Motor RXZ langgar. Mungkin sebab itu otak tak ketengah. Sampai sekarang ada parut kat betis aku. Kena ekzos tahu, siap pengsan lagi. Darjah 5 tak silap aku jadi ketua kelas tahu. memang hebatlah masa ini. Biasalah kekacakan dah mula terserlah katakan. Pelik jugakan kenapa aku tak berapa ingat sangat darjah 3-4-5-6 ni. Terhantuk ke apa?

Masa darjah 6, bermula kembali zaman kelembapan aku. Kembali menerajui nombor satu kebelakang. Kuikuikui. Main-main saj kerja aku. Membaca komik menjadi hobi pilihan. Memang macam tiada harapan dalam UPSR. Aku sendiri terkejut dengan keputusan UPSR aku yang agak boleh dibanggakan masa itu. Hah baru tahu ke’terer’an aku. (Bongkak lagi takabbur) Lulz.

Itu jela cerita aku, banyak dah tak ingat. Mungkin sebab dah tua. Dan memang aku sengajakan tidak menceritakan kisah sekolah agama petang selepas sekolah rendah sekular ni.

Sekian.

4 Perkara Perempuan Perlu Jaga [Gerenti Syurga]

Empat perkara jer yang orang pompuan perlu jaga… Gerenti syurga tahu…

1. Jaga Solat -  Sebab ape solat? Sebab solat pada orang puan ni lebih susah berbanding lelaki… Macam2 kene pakai… sehelai rambut tak boleh nampak.

2.  Jaga Puasa – Yelah puasa yg wajib kadang2 terpaksa tinggal bagi yang masih datang bulan la eh. Lagi satu puasa orang puan nie terok… tengok mak kita… kene masak sahur…masak buke… xgitu?

3. Jaga Faraj -  Jage kemaluan… ni selalunya mudah bagi perempuan berbanding lelaki. Sebab orang puan selalunya setia.

4. Taat Suami – Ni paling susah bagi perempuan. Nie penyebab ramai perempuan di narakka. Cara nak taat? Sabar ye akak2… Sabarlah dengan perangai suami. Insya’Allah Syurga.

 

nota kaki: Xde psl tutup aurat? Org yg betul2 jage solatnya mesti jage aurat xgitu… tp ade jgk yg solat tp xtutup aurat… itu maknenyer ade yang xbetol dalam solatnya… :mrgreen:

Wordless Wednesday 29062011

 

nota kaki kpd lelaki: Nak puan body perfect? Perot tue jage2 la yer… :lol:

tumblr. Yo!

Dah lame sebenarnya aku daftar tumblr nie… skrg baru rase ade tujuan aku nak buat tumblr nih… sikit jer gambo bru… nanti2 aku updatelah kalo ade mase terluang… eh bukan pasal mase… pasal idea… memanglah bukan semua dalam tue 100% aku punyer gambar/ayat tapi xpelah ejas2 sket… keh3 nnt adelah org ckp aku plagiat ke ape… ade aku kesah? xde der… pegi mam lu la… amboih kasak no… eh xdelah emo sket jer… yela sape xmrh kalo org plagiat org punyer “idea”…kan? sebab tue aku tarok watermark…yg boleh dihilangkan kalo anda terer cropping or photosoping dok gitu? Xdepe lah nak taip lagi… enjoy my tumblr okeh? hehehe…

[Baca Lagi?...]

Hati dan Lidah

Asyik letak gambar saja aku ini… Tiada idealah itu… Ah aku peduli apa… Blog aku bukan blog bapa kau… <— ayat dari page facebook. Aku suka betul nak mengingatkan orang… sekalilah dengan diri aku yang kekurangan ini… Bukan bagus begitu? Tidak bagus kau kata… Suka hati kaulah nak kata apa-apa. Mesti kalian pelikkan… Bahasa aku sangat agak tiada kesalahan tatabahasa. Baku memanjang…. Bahasa jiwa bangsa (macam rasis saja ayat ini)… sepatutnya… Bahasa untuk semua… ya tak?  Eh sudah merepek pula aku punya entri ini. Okay-okay, sila fahami gambar di bawah ini ya! Salam Jumaat dari aebob. Jumaat hari indah, indahkannya dengan ibadah.

 

nota kaki: Bahasa yang digunakan sangat bagus. Lulz